Thursday, February 19, 2009

Sajak Untuk Palestin & Pejuang


BATU

Genggamannya meramas erat seketul batu ,

Tangannya yang penuh biratan luka itu ,

Gagah menghayun seiring … Allahu Akbar !

Ternyata hayunan itu membidik tepat sasarannya … kesakitan ,

Dia gembira … benar-benar …

Gembira dan bertakbir … Allahu Akbar !

Lalu air mata girang dikesatnya … rupanya dia hanyalah seorang budak .

Budak sepertinya di usia ini ,

Manja melentok di ribaan ibu ,

Kamus hidupnya hanya gembira , bermain dan tertawa ,

Noktah suka dan ria seakan tiada padanya ,

Tapi kenapa dengan budak ini … kenapa kau haibudak ?

Apa yang menghalangmu… untuk ketawa gembira

Seperti kanak-kanak kecil di sana , di sana , di sana dan di sana ?

Aku ? Kau kata aku tak gembira !

Bahkan sebaliknya … kerana aku bukan pengecut ,

Bahkan aku tiada masa yang perlu dibazirkan ,

Tanggungjawabku lebih menggunung dari masa kanak-kanak lain ,

Aku juga tak pernah keseorangan sebegini ,

Lihat nun di sana … kawan-kawan ku

Mereka bukan bacul seperti kalian

Mereka berjihad … takbir … Allahu Akbar !

Bukankah ini hanya kerja yang bodoh ,

Balingan batu-batu kerdil ini tak mungkin

Menghalang apatah menewaskan mereka

Mereka juga tak sedikit pun rugi

Alangkah bodohnya …

Bodohkah kami ini …yang ingin membela diri

Tapi apa yang telah kau buat

Di mana pula negara-negara Islam … kononnya ,

Di mana mereka ? Di mana tika ini ?

Kecut , bacul ,penakut … tapi kami tak seperti kalian

Tak mungkin kami tunggu dan lihat

Bila darah ayah mengalir deras

Sedang ibu bermandikan darah

Kakak meratap gila … kehilangan maruah

Ya Allah .. bantulah kami ini !

Tapi … kami tak dapat bantu ,

Kami juga ……..

Aah … kau diam ,

Kami tak mahu alasan .. kami mahu tindakan … kami mahu tindakan ..

ya tindakan !

Darah ad-Durrah takkan sia-sia ,

Bahkan kami tuntut dan kami bela ,

Kami iringi titisan demi titisan cecair merah panas itu

Dengan lontaran demi lontaran batu-batu ini ,

Biar nyawa kami menjadi taruhan ,

Kami akan terus berjuang … Allahu Akbar ! …. Daaam …. Aaarghh

Dan itulah laungan takbirnya yang terakhir ..seorangbudak kecil .

* Sajak ini sebagai mewakili suara hati kanak-kanak Palestin . Bahkan inilah gambaran kehidupan mereka kini kerana umat agama yang disayanginya ini , umat Islam masih belum mahu bersatu padu .

DI SEBALIK JERIJI BESI

Jeriji besi itu sejuk sekali ,

Namun tak sedingin sekujur tubuh,

Di sebalik bilahan-bilahan logam hitam itu ,

Penuh gejolak , sarat perasaan

Semangat , harapan , cita-cita terpendam

Menanti detik meledak kembali

Apakan daya jasad berbelenggu , mulut berkatup .

Di sebalik jeriji besi ,

Dia tahu dia bukan seorang ,

Dia tahu ramai menantinya di luar sana ,

Dia tahu ramai sepertinya ,

Senyum terukir … di kegelapan kolong itu .

Di sebalik jeriji besi ,

Dia diseksa penuh sengsara ,

Imbalan kebenaran yang perlu tertegak ,

Seakan beraksi di pentas

Protagonis bertegang leher pada durja antagonis

Protagonis kecundang … mulanya

Kerana dia tahu … hijrah Rasul bukan kerana takut

Pemuda sihir menawar diri dibunuh raja

Dengan panahan dari busurnya … bukan kerana putus asa

Namun inilah pengorbanan ,

Kerana yang haq pasti berjaya ,

Bathil tetap kan kecundang ,

Biarpun di sebalik jeriji besi .

* Sajak ini ditujukan buat semua pejuang Islam yang ditahan di Mesir , di Jordan , di Syria dan sebagainya . Sesungguhnya perjuangan menegakkan kalimah Allah tak kan putus malah usaha memadamkan NUR Allah di muka bumi adalah satu kerja yang sia-sia .

SERUAN KEBANGKITAN

Dunia kini dilanda musibah

Barah kekufuran semakin mengganas

Serulah dan bangkitlah ummah

Tegakkan jihad satukan barisan .

Ayuh segera pasakkan senjata

Kukuhkan ribat sekalian pejuang

Namun ..manakah pemuda-pemudi kami

Apakah tiada lagi Asma’ .. tiada lagi Abu Ubaidah mutakhir ini .

Lupakah kita akan azab yang pedih

Dunia dinodai para musuh

Akhirat kelak azab menanti

Lantas bangkitlah berjihad .

Sahutlah seruan Ilahi ini ,

Umpama patuh seorang hamba pada tuan ,

Rasulullah qudwah sepanjang zaman

Tak mungkin jihad kembali sepi

Mulianya hidup di sisi alam ,

Pabila syariat tertegak semula ,

Ajal menjemput di medan jihad ,

Maka kembalilah syahid ke sisi Rabb

Tidakkah terdengar rintihan dan keluhan

Saudara seagama ditindas dizalimi

Apakah mulianya syahid itu terlalu kecil

Hingga ummah ini terus alpa

Bangkitlah kembali wahai Muslimin

Gemakan kalimah Jihad .

ِإذَا سَكَتَ العَالِمُ تَقِيَّةً وَ الجَاهِلُ يَجهُلُ

مَتَى يَتَبَيَّنَالحَقّ

Lambaian Jihad

Sedih hatimu mujahid Islam

Pabila abid lena berzikir

Kenapa haluan kita berbeza

Maka syair diutus dengan kesal

Wahai abid Haramain

Lihatlah kami ini saudaramu

Hamba Allah yang juga beribadah

Lekakah engkau dengan zikirmu ?

Titisan air mata di pipimu

Takkan sama dengan percikan darah kami

Kuda yang ditunggang tersia ,

Di medan ini kuda keletihan di pagi hari

Haruman mewangi dari jubahmu

Tak sewangi percikan api kuda dan debunya

Sungguh jihad ini melambai dan menggamit

Hingga kami tidak ragu –ragu

Biarkan kami dihumban ke nyalaan api

Diselebungi asap musuh-musuh terlaknat

Lenalah kamu dengan dirimu

Teruskanlah zikirmu wahai abid

Saksikan Ya Allah kami telah menyeru

Kitab-Mu takkan berdusta

Para syuhada’ selamanya mulia ,

Dan mereka itu tidak mati .

Kejarlah kematian ( syahid ) ,

kalian akan memperolehi kehidupan yang haqiqi

* Terjemahan dan ubahsuai ke bentuk sajak dari syair Arab

Sunday, February 15, 2009

Nasihat - rumput dan padi

Nasihat - rumput dan padi

SEKADAR RENUNGAN


Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik.. Ada sangkaan buruk

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..

Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

p/s : kadang-kadang aku sedar aku sendiri pernah terpikir macam tue. Banyak dah dosa aku dah buat tanpa aku sendiri sedar. Moga-moga lepas baca ni, aku sentiasa mengingatinya.

Wednesday, February 11, 2009

TUHAN, AKU ADALAH MILIKMU

Tuhan, betapa melimpah berkat-berkat-Mu selama ini;
Engkau telah menganugerahkan kepadaku mukjizat, kebahagiaan, kasih-sayang dan kemurahan.
Dalam saat-saatku yang paling gelap
Engkau telah mengirim malaikat – malaikat-Mu;
Aku telah menyaksikan betapa luar biasa kuat-kuasa-Mu.

Aku tak habis mengerti, mengapa Engkau mengasihiku,
KErana aku dipenuhi oleh dosa;
Namun setiap kali,
Engkau membangkitkanku kembali dari kejatuhanku
Dan membiarkan aku mencuba lagi

Tuhan, hatiku laksana sebuah jendela
Engkau dapat melihat segala sesuatu yang berada di dalam hatiku;
Tidak ada sesuatu yang dapat disembunyikan …
Dapatkan Kau melihat kasihku terhadap-Mu?

Aku adalah milik-Mu,
Pakailah aku sesuai dengan kehendak-Mu;
Apapun yang Engkau kehendaki dariku,
Dengan segala kesenangan hati, aku akan melakukannya.

Aku berusaha untuk menjadi anak-Mu
Yang menjadi kebanggaan-Mu
Aku lemah dan penuh syukur
Dan aku senantiasa memuji Nama-Mu.

Tuhan, aku sungguh tidak mengerti
MengapaEngkau dapat mengasihi dengan cara yang luar biasa itu.
Namun, sejak aku masih kecil,
Aku selalu bersandar kepada-Mu.

Engkau senantiasa menyertaiku dalam setiap langkahku,
Aku dapat merasakan kehadiran-Mu,
Dan bila aku setiap kali datang kepada-Mu
Engkau selalu menjawab doa-doaku.

Ya Tuhan, Engkaulah pelindungku,
Aku mengasihiMu.
Aku akan melakukan segala sesuatu dan di setiap waktu
Yang Kau kehendaki aku lakukan untuk-Mu

Apapun alasan-Mu untuk mengasihiku sedemikian besarnya
Aku menyerahkan diri Tuhanku,
Dan aku akan selalu mengikuti-Mu,
Ke mana Egkau pergi........................................

erTI HIdup

Selama ini aku tidak tahu untuk apa aku lakukan pekerjaan/masalah yang sepertinya tidak ada henti-hentinya datang di dalam hidupku. Namun suatu hari aku menemukan jawapan dari semua itu, bahawa Tuhan mahu aku mengkaji erti hidup di dunia ini untuk memperolehi lebih kemuliaanya. Dan bagi saudara-saudara lakukanlah hidupmu seperti erti hidup ini:

ERTI HIDUP

Hidup adalah anugerah... Terimalah!
Hidup adalah tantangan... terimalah!
Hidup adalah penderitaan... Atasilah!
Hidup adalah pertandingan... Menangkanlah!
Hidup adalah kewajipan... Lakukanlah!
Hidup adalah kesukaaan... nikmatilah!
Hidup adalah lagu...Nyanyikanlah!
Hidup adalah janji... Penuhilah!
Hidup adalah teka-teki... Pecahkanlah!
Hidup adalah kesempatan... Gunakanlah!
Hidup adalah keindahan... Bersyukurlah!
Bertindak dan isilah hidupmu bagi memperoleh kemuliaanNya.

Monday, February 9, 2009

Mutiara Kata Kehidupan

Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami airmata dan juga darah. ~ Hamka Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan. Hidup di dunia ini tidak ubah seperti seorang musafir yang sedang bernaung di bawah sebatang pohon yang sebentar kemudian pergi dan meninggalkan pohon tersebut. Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya. Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi. Ramai orang melalui hidup ini tanpa mengerti betapa pentingnya mereka kepada umat sejagat. Lalu apabila sesuatu musibah menimpa, mereka mengambil jalan untuk memusnahkan diri kerana tidak sanggup menanggung hebatnya dugaan. Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia. Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita. Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya.

Sedar tak?

::Sekadar Perkongsian::


Sedarkah kita??


* Kita sering melengah-lengahkan solat. Bahkan yang lebih kritikal,meninggalkan solat dengan sengaja.

*Kita sering mengungkapkan kata-kata yang tidak elok ketika berinteraksi dengan rakan-rakan rapat.

*Kita selalu lalai ketika solat.Terfikir macam2.Kadang2 teringat 'assignment',kdg2 teringat kerja2 yang tertangguh,ada juga yang teringat 'awek2' atau 'balak' masing2.

*Kita selalu melukakan hati ibu bapa tanpa disedari.Kita lebih tahu perkembangan semasa kawan baik, berbanding ibu bapa.Sakit pening mereka pon kita tak tahu.Melainkan lepas diberitahu sendiri oleh mereka.

*Kita selalu mengeluh bila dapat kerja yang banyak.Bila nasib kita dirasakan malang.

*Kita selalu menipu.Meniru 'assignment' kawan2,lantaran kegagalan menguruskan masa dgn bijak.

*Kita pinjam barang orang, tapi tak pulangkan.

*Kita hutang dgn orang, tapi buat2 lupa.

*Kita boleh baca novel bertimbun2.Sebut saja apa jenis novel, semua kita hafal.Bila ditanya dalil2 dalam al-Quran, kita 'terkantoi' di situ.

*Kita buang masa walaupun tahu banyak lagi kerja2 yang nak disiapkan.

*Mak ayah tak pernah ajar kita tgk cerita lucah. Tapi kita tengok jugak.

*Kita dah makin jarang 'kol' mak ayah.Kita makin kerap 'kol' boypren or gilpren.

*Kita tau aurat dari mana ke mana, tapi kita bukak jugak.

*Kita tau mana haram n mana halal.Tapi...kita buat jugak yang haram tu.Kita lalai bila tak diingatkan.

*Kita tahu kita kurang ilmu agama, tapi kita tak terasa pun nak dekati orang-orang yang dirasakan arif.Kita makin menjauhi mereka.Kita buat hal sendiri.

*Masa kecik2 kita diajar hormat cikgu, sekarang kita main-mainkan pensyarah.Kita jadi kurang adab.

*Kita 'couple' jugak,walaupun dah tau pergaulan antara lelaki dan perempuan ada batasnya.

*Kita marah pada takdir bila yang diminta tak termakbul.




Seharusnya....

Kita sentiasa bermuhasabah.
Kita berlapang dada dengan teguran.
Kita bersangka baik dgn takdir Allah.
Kita yakin pada janjiNya.

Kita bersikap berpada2.
Usah gopoh.
Usah juga leka.
Berwaspada selalu.
Berusahalah selalu untuk memperbaiki diri.

Kita harus kurang mengeluh,
Tapi banyak berusaha.
Kita berusaha fahami sahabat,bukan menyalahkan sahabat.
Kita lebih mengambil berat hal sahabat,bukan menyendiri.

Kita mencari ilmu,bila terasa kurang ilmu.
Kita bergaul dgn sahabat2 yang baik,
kerana sahabat tu kan cerminan kpd diri kita.
Baik mereka,baiklah kita.

Kita ingat mak ayah yang kat rumah tu.
Ingat mereka walau sedetik.
Hayati emosi mereka.
Ingat dan genggam harapan yang mereka berikan erat2.
Kita luangkan lebih banyak masa bertanya khabar mereka.

Kita kurangkan berjumpa teman lelaki atau teman wanita.
Kita jaga pandangan mata.
Kita tutup aurat dgn sempurna.

Kita menghayati kalamNya.
Kemudian, boleh teruskan membaca novel2 itu.

Kita ringankan diri mengunjungi 'rumah-rumah'Nya.(masjid2, or surau)

Kita sentiasa bersemangat dlm segala yang kita lakukan.
Kita yakin kita boleh lakukannya!

insyaAllah.....

FIKIR-FIKIRKAN......

  • "Allah setiap saat 'memanggil-manggil' kita untuk kembali kepada-Nya. Dengan cara apa saja. Dia, dengan kasih sayang-Nya,terkadang membuat suasana kehidupan seorang anak manusia sedemikian rupa dengan musibah, kesusahan dan kesukaran sehingga kalbunya dibuat-Nya 'menoleh' kepada Allah..Tetapi..teramat sedikit orang yang mendengarkan, atau berusaha mendengarkan, panggilan-Nya ini."

SOLAT ISTIKHARAH, TATACARA & DOA

Solat Sunnat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala

Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”

Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

doa-istikhaerah

Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Doa Untuk Palestin

" YA ALLAH,
SEBAGAIMANA ENGKAU PERNAH MENGHANTAR BURUNG-BURUNG ABABIL MENGHANCURKAN TENTERA BERGAJAH MUSYRIKIN,
MAKA KAMI MEMOHON KEPADAMU YA ALLAH...
TURUNKANLAH BANTUANMU KALI INI KEPADA ORANG-ORANG ISLAM DI PALESTIN,
HANCURKANLAH REJIM ZIONIS SEDAHSYAT-DAHSYATNYA....
AMIN........"


kEINDAHAN AKHLAK ISLAM

Islam adalah al-Din yang serba lengkap dan menyeluruh dalam pelbagai lapangan hidup iaitu aspek aqidah, syariah dan akhlak. Rasulullah telah menerima daripada Allah satu risalah lengkap tersebut melalui wahyu al-Quran al-Karim yang merupakan sumber rujukan utama Islam . Kemudian, Rasulullah diperintahkan untuk menyampaikannya kepada seluruh umat manusia di samping mempraktikkan ajaran-ajaran Islam yang terkandung di dalam al-Quran itu. Akhirnya, Islam diwarisi secara turun temurun dari satu generasi kepada satu generasi yang lain sebagaimana asalnya tanpa sebarang keraguan dan syak wasangka.

Salah satu daripada paksi utama yang menegakkan binaan Islam ialah akhlak. Akhlak dalam Islam mempunyai kedudukan yang istimewa di mana al-Quran telah memuji kemuliaan akhlak yang dipamerkan Rasulullah sebagaimana firman Allah maksudnya: Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia. (Surah al-Qalam, ayat 4)

Ditambah lagi, Rasulullah telah menetapkan tujuan utama kebangkitannya mendukung agenda perjuangan risalah Islam adalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak terpuji sebagaimana sabdanya yang bermaksud : Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak yang terpuji. (Hadis riwayat Imam Malik)

Dalam erti kata lain, akhlak Islam tidak dapat dipisahkan dalam setiap gerak geri kehidupan manusia tidak kira sama ada dalam hubungannya dengan Allah mahupun hubungannya sesama manusia, malah ia merupakan antara hikmah yang paling utama di sebalik pensyariatan sesuatu ibadat dalam Islam.

Sebagai contohnya, solat fardu yang diwajibkan Allah telah dijelaskan hikmahnya di sebalik pensyariatan mendirikan solat sebagaimana firman Allah maksudnya: Dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Begitu juga hikmah amalan zakat melalui firman Allah yang bermaksud: Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya kamu membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Taubah, ayat 103)

Ringkasnya, ruang lingkup akhlak dalam Islam adalah mencakupi seluruh kehidupan kerana akhlak merupakan simbol kepada amalan kerja dan perlakuan di dalam hidup. Justeru amalan menolong orang lain adalah akhlak, kerja untuk menyara dirinya dan ahli keluarganya juga adalah akhlak, beriman kepada Allah dan menyembah-Nya adalah akhlak. Pendek kata, kesemuanya itu termasuk dalam erti kata kebajikan sebagaimana firman Allah maksudnya: Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke arah timur dan barat tetapi kebajikan itu ialah beriman seseorang kepada Allah, hari akhirat, segala malaikat, segala kitab, sekalian nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya -sedang dia menyayanginya- kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, orang yang terlantar dalam perjalanan, kepada orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan solat serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan), dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa. (Surah al-Baqarah, ayat 177)

Selanjutnya, sesuatu amalan kebajikan tidak diambil kira kecuali dengan asas iman dan ibadat. Kebajikan itu ialah akhlak dan akhlak itu adalah kebajikan. Amalan kebajikan sama ada untuk maslahah individu mahupun untuk maslahah ramai termasuk dalam maksud akhlak. Begitu juga muamalah yang baik dengan makhluk lain termasuk dalam pengertian akhlak. Manakala, amalan menyakiti makhluk lain adalah amalan tidak berakhlak. Sabar mendepani kesulitan hidup dan segala musibah yang menimpa adalah termasuk dalam akhlak.

Dalam erti kata lain, akhlak yang baik ialah tabiat atau perangai yang lahir pada diri seseorang seperti lemah lembut, pemurah, sabar dan sebagainya, tetapi harus diingat bahawa orang yang kelihatan baik perangainya belum tentu dia berakhlak. Ini kerana akhlak itu merupakan buah daripada amal ibadat yang didorong oleh iman. Iman itu kekuatan yang menguatkan jiwa dan juga pendidikan yang menjadikan manusia berakhlak terbilang dan berpekerti luhur.

Ini berbeza dengan etika yang merupakan peraturan dan disiplin yang perlu dipatuhi oleh seseorang manusia dalam waktu tertentu. Oleh sebab itu, seorang pekerja terpaksa patuh dengan etika kerja di tempat kerjanya. Selepas waktu kerja, dia bebas daripada peraturan tersebut. Akhlak yang baik pula merupakan sifat yang baik lahir daripada amal ibadat dan didorong oleh iman yang berlangsung selama hayat manusia demi mengharapkan keredaan Ilahi.

Justeru, untuk berakhlak baik merupakan satu perkara yang sukar bagi sebahagian manusia. Oleh sebab itu, seorang Muslim dituntut melakukan Mujahadah al-Nafs iaitu melawan hawa nafsu dan Tazkiah al-Nafs iaitu membersihkan diri daripada sifat-sifat yang keji seperti hasad dengki, buruk sangka, sombong, bakhil dan sebagainya. Hasil daripada gilapan iman yang sempurna, akan terhasillah akhlak yang mulia dan indah.

Perlu ditegaskan bahawa akhlak Islam bukan hanya sekadar dipraktikkan dalam lingkungan sesama Islam, bahkan hendaklah dipamerkan keindahan akhlak Islam kepada bukan Islam agar mereka sama-sama menghayati keindahan Islam mudah-mudahan hati mereka kelak akan terbuka untuk menerima Islam sebagai cara hidup mereka. Lebih dari itu, Islam tidak pernah melarang untuk berbuat baik atau berakhlak mulia kepada bukan Islam, terutamanya dalam perkara yang berkaitan dengan kebajikan dan maslahah umat. Ini ditegaskan Allah lewat firman-Nya yang bermaksud: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Surah al-Mumtahinah, ayat 8)

Demikianlah skop akhlak Islam yang cukup menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan ummah sejagat. Hanya akhlak Islam sahaja penyelesaian ampuh bagi segala krisis dan kemelut sosial yang melanda umat Islam dewasa ini. Akhlak Islam merupakan hasil amal ibadat yang berterusan di samping kemantapan iman yang bertapak kukuh dalam jiwa sanubari.

PERINGATAN UMUR KITA

Sesungguhnya manusia itu sebenarnya mempunyai 5 peringkat umur. Semua manusia akan melaluinya dan telah melalui umur-umur yang berikut ;


  1. Umur dalam sulbi ayah
  2. Umur dalam rahim ibu
  3. Umur dalam alam dunia
  4. Umur dalam alam barzakh
  5. Umur di padang mahsyar
  6. Umur yang merupakan hayat yang abadi,sama ada yang di syurga atau neraka

pERIngatan untUK lelaKI DAN pereMPuan

Wahai lelaki...
Kenapa kau cuba menegakkan benang yang
basah. Bila ditanya kenapa kau
bercouple, kau mengatakan untuk
berkahwin dengannya. Tetapi sudah berapa
ramai wanita yang kau pegang,
bergambar... adakah kau nak mengahwini
semuanya itu.


Apakah perasaan kau jika kau melihat
anak kau atau ibu kau bergambar dengan
lelaki yang bukannya kau kenal atau
bukan ayah kau... marah bukan? Begitu
juga ayah atau abang kepada perempuan
yang kau main-mainkan.


Adakah kau menganggap wanita itu
permainan, boleh dipegang- pegang,
ditangkap gambarnya dan bila sudah bosan
ditinggalkan...adakah kau menganggap ibu
kau permainan?... Jika tidak, kenapa kau
mengganggap wanita lain permainan
sedangkan wanita lain juga seorang ibu
dan bakal menjadi ibu kepada anaknya.


Renungkan kembali wahai lelaki.
Lindungilah wanita itu sebagaimana kau
melindung ibu kau sendiri kerana mereka
itulah yang bakal menjadi ibu kepada
anak-anakmu. Janganlah kau melihat pada
rupa paras dan betuk badan. Lihatlah
wanita itu pada akhlak dan agamanya.


Wahai wanita...
Adakah kau menganggap diri kau itu hanya
permainan lelaki... dipegang, ditangkap
gambarmu dan ditinggalkan setelah bosan
denganmu?


Apakah kau sanggup menjawab soalan anak-
anakmu bila mereka melihat kau bergambar
dengan lelaki yang bukan bapa
mereka...apakah suamimu dapat menerima
seorang wanita yang bergambar dan
berpegang tangan dengan lelaki lain yang
tidak dikenalinya?!


Wahai wanita...peliharalah tubuhmu itu
dengan pakaian yang baik, dengan akhlak
yang mulia dan pandanglah lelaki itu
dengan akhlak dan sikap mereka, bukannya
rupa dan bentuk badan.
Wassalam...

Peringatan Kepada Umat Islam ;)


PERINGATAN..

RENUNG - RENUNGKAN...

Manusia: "Eh dah
subuh dah?"
Malaikat: "Bangunlah
wahai anak Adam, tunaikan solat subuh
mu.."
Syaitan: "Alahhhhhh,
kejaplah, ngantuk ni...awal
lagi...zzzzzzzz"

Manusia: "Nak makan,
laparlah"
Malaikat: "Wahai Anak
Adam, mulakanlah dengan Bismillah..."
Syaitan: "Ahh, tak
payahla... dah lapar ini!!
Mmm..sedapnyaaaa!"

Manusia: "Hari ni nak
pakai apa ye?"
Malaikat: "Wahai anak
Adam, pakailah pakaian yg menutup
aurat"
Syaitan: "Ehh,
panaslah, takde style langsung, nampak
kampung!!!"

Manusia: "Alamak, dah
lewat!" Malaikat:
"Bersegeralah wahai manusia,
nanti terlewat ke pejabat.."
Syaitan: "Ahhh awal
lagi..mmm..aaahh? Suruh si X,
punchkanlah"

Manusia: "Azan sudah
kedengaran.. ." Malaikat:
"Wahai anak Adam, segeralah
menunaikan kewajipan"
Syaitan: "Baru pukul
berapa..rilexlah. .awal lagi
nieii"

Manusia: "Eh, eh...
tak boleh tengok ni, berdosa..."
Malaikat: "Wahai anak
Adam, alihkanlah pandanganmu,
sesungguhnya Allah Maha Melihat dan
mengetahui!" Syaitan:
"Perggghh.. best tu...rugi ooo
kalau tak tengok nie."

Manusia: "Saudaraku
sedang melakukan dosa"
Malaikat: "Wahai anak
Adam, cegahlah ia.."
Syaitan: "Apa kau
sibuk? Jangan jaga tepi kain orang,
lantaklahh"

Manusia: "Elok kalau
aku sampaikan nasihat ini kepada orang
lain". Malaikat: "Wahai anak
Adam, nasihat-menasihatil ah sesama
kamu.."
Syaitan: "Sendiri
pikirlah, semua dah besar, buat apa
susah2..pandai2lah?

Manusia: "Aku telah
berdosa.."
Malaikat: "Wahai anak
Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya
Allah Maha Pengampun... "
Syaitan: "Tangguhlah dulu, lain
kali boleh bertaubat... lagipun muda
hanya sekali.rugila. ..(kalau sempatla
ha ha)"

Manusia: "Kalau pergi
disko, mesti seronok!"
Malaikat: "Wahai anak
Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan
yang dimurkai Allah, berpalinglah dari
jalan itu .. Syaitan: "Jangan
bimbang, tiada sesiapa yang
tahu...Jomlahhh"

Manusia: "Uuhhh
letihnya arini..tak solat lagi
nieee"
Malaikat: "Wahai anak
Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,
kebahagiaan di dunia dan akhirat
untukmu. Solat itu Syaitan: "Hey
anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan
di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di
akhirat (jangan mimpilah)
untukmu..."

Sekarang anda mempunyai 3
pilihan:

Manusia: "Patutke aku
biarkan e-mail ini dalam mailbox aku?
"
Malaikat: "Ingatkan
kawan yang anda kenal. Forward e-mail
ini"
Syaitan: "Tak
payahlah nak sebuk2, kubur lain2 beb..


Peringatan buat diriku yang Alpa



I found this interesting article:
Teka-teki Imam Ghazali.

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :
Soalan pertama Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat


Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .

Soalan kedua Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketigaIman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)

Soalan keempat Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Ahzab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’

Soalan kelima Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.

Soalan keenam Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONI

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan 2 Kasih sayang 3 Kesetiaan 4 Komunikasi dialogis 5 Keterbukaan 6 Kejujuran 7 Kesabaran

KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONI




Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan 2 Kasih sayang 3 Kesetiaan 4 Komunikasi dialogis 5 Keterbukaan 6 Kejujuran 7 Kesabaran