Tuesday, March 31, 2009

Jiwa @ Harta


JIWA dan harta adalah dua perkara berbeza, tetapi punyai persamaan yang cukup ketara apabila kita tidak mempunyainya.

Kedua-duanya memainkan peranan dan memberikan impak yang cukup besar kepada kita dalam meniti perjalanan hidup yang penuh dengan onak dan duri ini.

Tetapi, mana satukah antara keduanya ini yang lebih penting?

Sudah pasti kekayaan jiwa harus kita utamakan.

Tidak kira siapa kita dan bagaimana ekonomi kita, kekayaan jiwa harus kita titik beratkan. Dengan kekayaan jiwa kita mampu mencapai kejayaan, dan seterusnya menjadi orang yang berharta.

Tapi jika sebaliknya, andai harta yang kita dahulukan, pasti kita akan sesat dalam timbunan kekayaan dan kemewahan dunia yang bisa saja hilang dari kita dalam sekelip mata.

Jadi, untuk apa kita tertipu dengan sesuatu yang sifatnya sementara.

Peringatan Rasulullah (SAW) berkenaan dengan perkara ini amat jelas di mana baginda telah bersabda yang bermaksud, "Gila harta dan kedudukan, kedua-duanya menumbuhkan kemunafikan dalam hati bagaikan air menumbuhkan sayuran".

Inilah yang patut kita renung dan fikirkan. Adakah ini yang kita mahukan atau sebaliknya.

Kemiskinan jiwa patut kita elakkan sama sekali. Jiwa yang miskin sudah pasti mengundang pelbagai bencana yang tidak baik. Antaranya adalah usaha untuk menjatuhkan antara satu sama lain, dek kerana jiwa yang dipenuhi sifat hasad dengki.

Adakah ini yang kita cari dalam hidup kita?

Atau adakah ini matlamat hidup kita di dunia ini?

Adakah ini yang kita mahukan berlaku pada diri kita?

p/s: mari sma2 kta renung & fikirkan b'sma kerana walaupun kedua2 perkara ini msng2 m'pnyai kepntingan, akn ttp kedua2 nya m'pnyai byk p'bezaan & m'pngaruhi khdpn kta d dunia & jga di akhirat nnt... tpuk dada, tnya selera...


Sunday, March 29, 2009

1lg Kata-kata MUTIARA Bijak Pandai



~Mengkritik apa yang ada di sekeliling kita adalah salah satu tindakan yang bodoh jika kita lakukan.
~Sekarang adalah masa terbaik untuk berbuat sesuatu. Jika anda menunggu masa terbaik untuk melakukannya, anda akan kecewa. Semua keputusan yang hebat dan bersejarah itu dibuat tanpa maklumat menyeluruh. Ini kerana sejarah dicipta tanpa menunggu inspirasi. Peringatan bahawa masa yang terbaik adalah SEKARANG...
~Kelulusan sarjana yang terpenting sekali ialah BKS @ B.Ks (Buat Kerja Sekarang) telah menjadikan seseorang biasa menjadi luar biasa lebih daripada segulung Ijazah. Sikap semulajadi MK (Menangguh Kerja) telah menyebabkan seseorang mendapat segala macam penyakit seperti bodoh, kekurangan peluang dan kekurangan wang.


Kata-kata Mutiara Bijak Pandai..


~Hanya manusia satu-satunya ciptaan Tuhan yang boleh merubah nasibnya sendiri.

~Tuhan mencipta tetapi Dia memberi manusia kuasa untuk membentuk kehidupan dan kejayaan. Pelajaran psikologi yang berguna : Kita boleh merubah nasib dengan merubah cara pemikiran kita.

~Berjuta orang telah dapat merubah diri dari lemah menjadi cekal, penakut menjadi berani, malas kepada rajin, berdosa kepada berbakti, tidak berguna kepada srikandi dan dari MISKIN menjadi KAYA.

~Jangan selalu menunggu sehingga ada mood @ semangat untuk memulakan sesuatu perkara. Kita perlu menentukan mood kita sendiri. Bagaimana ? Dengan terus melakukannya walaupun apa jua. Ilham jarang mengerahkan tindakan tetapi tindakan sentiasa memberi ilham.

Friday, March 27, 2009

kelebihan Salam



Assalamualaikum warahmatullah...
apa khabar sahabat2 skalian...
moga sentiasa dibawah keredhaan,keberkatan dan naungan ALLAH subhanahu wata'ala...
aku akan menceritakan kelebihan memberi salam melalui hadith berikut...

Iblis menangis bila orang memberi salam...

Sabda Nabi: "Orang2 yg mendahului salam terlepas daripada sifat sombong,bongkak dan tinggi diri"

Sabda Rasulullah saw: "Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga".

Sabda Rasulullah SAW.:"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh lihat diluar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia."

Lalu bertanya pula sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?"

Sabda Rasulullah saw: "Ianya adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yg memberi makan, bagi orang yg selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."

Bertanya para sahabat: "Siapakah yang kuat mengerjakan semua itu ya Rasulullah?

"Sabda Rasulullah saw.:"Akan aku terangkan kepada kamu semua:

1. Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.

2. Barang siapa yang memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi makan.

3. Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan syawal (selain 1 Syawal, diharam puasa) bererti dia sudah sentiasa berpuasa sepanjang tahun.

4. Barangsiapa solat Isyak dan solat subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.

Sabda Rasulullah saw:"Barang siapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab."

Ibnu Abbas ra berkata: "sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh: "Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan diampuni dosanya".

p/s: mari la kita rajin2kan diri utk memberi salam bila berjumpa ngan sesama muslim...semoga mendapat rahmat ALLAH swt.. Aamminnn...

Thursday, March 26, 2009


salam....

Kblkngan ni, aku p'hatikan rmai kawan2 yg krng cht... rata2 rmai yg demam & batuk. ada saje yg x hdr ke klas & ini Mgkn dsbbkn perubahan cuaca skrg yg x mnntu ... disini aku sertakan 1lagi doa untuk diamalkan khususnya utk menyembuhkan diri daripada sebarang pnykt... insyaAllah dgn izin & pertolongan drpd Allah s.w.t segala pnykt akn sembuh..






Nasihat Imam Syafie Dalam Mencari Sahabat

TEMAN ketawa memang mudah dicari, tetapi teman menangis tiada siapa yang sudi.

Memang benar sukar mencari erti persahabatan sejati. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Imam al-Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

Mencari sahabat pada waktu susah.

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka.Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.

Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"

Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun apabila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Pasang surut persahabatan.

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.

Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.

Apabila tidak ketemu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

Wednesday, March 25, 2009

kejadian manusia..



assalamualiakum...

disini, aku ingin p'ktakan tntg tjk xcmnt yg p'nh aku lakukan b'kaitan proses kjdian mnsia............
Proses kejadian manusia tlh djlskn dlm al-Quran dan t'dpt byk surah di dalam al-Quran menghuraikan tntg kjdian mnsia... manusia menurut al-Quran adlh mkhlk yg dk'niakan akal, roh & jasad. ia sebaik2 kjdian b'bndg dgn malaikt & jga binatang.. malaikat hanyalah dk'niakn akal ttp x dk'niakan nafsu sdgkn binatang pula hanya dik'niakan nafsu tanpa akal...sungguhpun begitu, kddkn mnsia akn m'jd lbh rndah drpd bntg skranya mereka gagal m'gunakan akal dgn baik sbaliknya m'jd hamba kpd nafsu..menurut al-Quran, manusia adlh b'asl dr ktrnn Nabi Adam & Adam pula djdkn drpd tanah. ini dp'kuatkn lg oleh kaedah mantik dan kajian sains yg mndpti unsur yg t'dpt pd mnsia mnyamai unsur yg t'dpt pd tanah... bgtupn, t'dpt jg 1 teori krut yg dcpta oleh Charles Darwin yg mngatakn kjdian mnsia adlh b'asl drpd beruk.. nmun, teori ini tlh dtlak dan dsangkal oleh rmai saintis2 lain slps itu... disini, aku s'tkan gmbr2 plk yg mmparkn p'bgai ereksi muka slh seorng yg mnyokong teori karut yg dp'knlkn oleh Darwin.....


Monday, March 23, 2009



Senyum & trs t’snyum….

snyman dwjh tdk smstnya hti trt t’snym… …

Nmn sampai bila bibir mampu t’syum?????

Saturday, March 21, 2009

Friday, March 20, 2009

Assalamualaikum…

Mula-mula tgk mmg aku xpcaya…terkejut juga. Mcm x pcye & mmg aku xpcaye…. sjak sekolah dulu minat btol aku ngan pnmpilan penyanyi utama kumpulan Saujana ni.. niat aku paparkan perubahan beliau ni bkn untuk mengaibkan beliau dan mana-mana pihak...ttp skdr p’ingtn utk diri aku sndri & smua agar sma2 kta p’tguhkan iman...

Cuba kita pikir balik, mmg btlla sprtmna yg kta slalu dgr “iman mmg x dpt diwarisi walaupun dari seorang ayah yang b’takwa” & iman mmg xblh dijual beli..... hari ni iman kta kuat, xsmstinya ia akan kkl kuat slmnya... so, kta hndklh pstkan thp keimanan kta dan ketakwaan kita kpd Allah tidak pernah b’kurang... Doa dan harapan aku semoga Allah memberikan hidayah dan petunjuk agar saudara kta yg sorg ni n rmai lg yg ada diluar sana kmbli ke pangkal jalan selagi mana pintu taubat masih t’buka... Semoga kita juga sentiasa dalam lindungan daripada Allah s.w.t sehingga kalam yg t’akhir.. Aaminnn.....



Salam….

Ok…. Hari ni aku ingin b’kngsi satu lg doa yg mana boleh diamalkan sekiranya menghadapi sesuatu masalah….xkra la smaada kcil @ bsr… Yg pntg, kta berdoa dan b’sujud pohon p’tlngn & ptnjuk drpd Allah… insyaAllah sgla mslh akn mnjd lbh ringan & selesai dgn p’tlngn dpd Allah…mslhnya kita sering angkuh & sombong utk pohon p’tlngn dan sring b’serah kepada takdir tanpa b’usha utk brubh kpd yg lbh baik…. Disini aku kongsikan satu doa, smoga dpt sma2 kta amlkan & p’oleh manfaat…..

Wednesday, March 18, 2009

PERJUANGAN & PENGORBANAN



Dari dulu bila mendengar perkataan berjuang, selalu terlintas di kepala ini, berperang. Macam yang pernah aku pelajari dan di ceritakan, berkaitan kisah nabi dulu-dulu. Perang Badar, Uhud, Khandak, Hunain dan lain-lain. Bila semakin besar, semakin belajar dan semakin memahami bahawa perkataan perjuangan amat membawa erti yang amat besar dalam sebuah kehidupan.

Kita tak semestinya seorang pejuang di medan perang untuk menakluki mana-mana negara atau kita juga tak semestinya berada di dalam negara Palestine yang kini nyawa mereka hanya di muncung senapang dan bom pihak musuh. Itu adalah sebuah perjuangan yang amat jelas.

Dalam konteks kehidupan aku, sebagai seorang pelajar dan juga seorang anak, aku harus berjuang dan berkorban dalam mengejar cita-cita dan untuk melangsaikan harapan ayah dan ibu. Dan di sinilah lahirnya perkataan perngorbanan. Memang kedua perkataan ini, perjuangan dan pengorbanan tidak dapat dipisahkan. Dan di sinilah Allah menguji hambanya dengan beberapa ujian. Ujian kesabaran, ujian kasih sayang, ujian kewangan, ujian keberanian, ujian keyakinan dan juga ujian kebijaksanaan. tugas kita sebagai hamba Allah ialah hanya perlu memacu perjuangan dan pengorbanan kearah kebaikan iaitu kejalan keredhaan Allah dan berlandaskan syariat Islam...

KELEBIHAN SIFAT SABAR


Allah SWT memberi cubaan kepada hamba-hamba-Nya. Setiap orang akan mengalami cubaan yang berpunca daripada orang lain atau berupa cubaan lainnya. Apa yang kita perlukan agar mampu bertahan dengan cubaan tersebut?

Kita dituntut untuk sentiasa bersabar terhadap segala hal, kita juga harus menjaga iman kita dan tidak meninggalkannya. Mereka menguji iman kita dengan segala hal, misalnya dengan ketakutan, kelaparan, atau kematian.

Kadangkala kita sering bertanya, ”Bukankan Allah SWT mengetahui keadaan kita? Untuk apa Dia memberi cubaan kepada kita?”

Ya, Dia Maha Mengetahui, tetapi hikmah di balik cubaan itu mendatangkan pahala yang tidak terhingga bagi kita kerana kesabaran yang kita lakukan. Dari Kemurahan-Nya, Allah memberi kita pahala antara 10 sampai 700 drajat. Al-Quran mengatakan, ”Berikan khabar gembira kepada orang yang sabar.”

Nasihat Tentang Sabar: Umar Bin Khathtab Radhiyallahu ‘Anhu: Kehidupan yang terbaik kami dapatkan dengan sabar. Jika sabar itu ada pada seseorang, pasti ia tergolong orang dermawan. Ali Bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘Anhu: Posisi sabar bagi iman seperti posisi kepala bagi tubuh. Ketahuilah tidak beriman orang yang tidak sabar. Umar Bin Abdul Aziz Rahimahullah: Allah tidak memberikan suatu kenikmatan kepada salah seorang hambanya kemudian Dia mencabutnya dari orang tersebut dan menggantinya dengan sabar, maka penggantinya itu lebih baik daripada yang dicabut darinya. Al Hasan Al Bashri Rahimahullah: Sabar adalah salah satu kekayaan dari kekayaan yang baik. Allah tidak memberikan kecuali kepada hamba-Nya yang mulia di sisi-Nya.

Tuesday, March 17, 2009

kawan @ sahabat


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

..

Nampaknya agak lama sy tidak menggerakkan pena mengenai topik sahabat/rakan, topik yang memang agak digemari untuk dirungkaikan dalam blog ini.. korang tgk almt blog sy pn http://hasratseorangsahabat.blogspot.com/. Almaklumlah sy bukanlah seorang individu yang mempunyai ramai ’sahabat’, mungkin kawan-kawan tu ramailah.. mugkin xperlu dihuraikan perbezaan antara dua perkataan ni… korg pn blh pkr & bezakan sdiri coz smua org ada kawan n sahabat… apapun, jdlah seorg kawan dan sahabat yg t’baik…


Sebenarnya ketika melihat friendster.. Sy juga menerima sms berkaitan persahabatan yang mempunyai makna yang mendalam.. malah lagu-lagu pn bnyk yg m’crtakan perihal hubungan p’shbtn… antra lagu nasyid yg dmnati b’kaitan sahabat ialah lagu nyanyian kumpulan in-team iaitu akrab persahabatan. Jom sma2 kta hyati lirik lagu ni…..


Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua


Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua……………..



Monday, March 16, 2009




Keinsafan…

Dosa-dosaku terlalu banyak tak dapat kuhitung.. …suruhanNya sering aku tinggalkan, laranganNya kerap aku lakukan…adakah layak aku bergelar hambaNya??.Dikala aku sememangnya lemah..yang hina lagi memerlukanNya..Allah..ampunkan aku…ampunkan aku…Sesungguhnya aku lemah..dan tersangat lemah..Ya Allah…rahmati aku Ya Allah…lindungi aku dalam menempuh pelbagai pancaroba dan mehnah hidup ini…aku tak mampu hadapi cinta penuh debu ini..bantulah aku menyucikan jiwaku…jadikan aku insan yang bertakwa…insan yang bersyukur dengan nikmatmu….insan yang tahu erti kebenaran……Maafkan aku Ya Allah..ampunkan aku Ya Allah…pimpinlah aku kejalan keredhaan….sesungguhnya aku ingin mencari jalan redhaMu…….


Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan
Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta
Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu
Tuhanku…
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu
Tuhanku…
Usah Kau biarkan diri ku
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanyalah untuk Mu
Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan.......

*** ayuh sahabat2 sama2 kita perbaiki diri, jangan asyik memandang kesalahan orang lain...cermin2kan diri n sama2 perbaiki diri.... jangan biarkan hidup kta trus terleka dan terlena***

Sunday, March 15, 2009

renung2kan...

Something is better than nothing

Everybody is a hypocrite.

You are not always right and I am not always wrong.

Nobody does anything without expecting something.

Everyone is a Superman. But most live their entire life as Clark Kent.

He who fears nothing loves nothing.

It's hard to find a good employee. It's even harder to find a good employer.

There are no stupid questions. Just stupid people.

What you don't start you won't finish.

Life is like driving. Your unseen destination is your future. What you see in front is your present and occasionally you look back at your past through the mirrors to be safe.

Life is like a video game. There's just no reset button.

Money can't buy you love. But money helps to keep the love together.

Saturday, March 14, 2009

Cita-cita Ku

ps: minat lagu ni...buat sahabat2 semua...hayatilah dan nikmati keindahan sebenar yang terkandung dalam liriknya...


cita-citaku - nadamurni


cita-citaku islam gemilang
cita-citaku daulahnya berulang
cita-citaku islam cemerlang
cita-citaku islam tinggi menjulang

kawan mari susun barisan
kita mara ke hadapan
mari berjuangkan islam
kita tagih yang dijanjikan

kawan mari kumpulkan tenaga
kita korbankan harta punya
jangan kita buang rasa percuma

kawan mari kumpulkan tenaga
kita korbankan harta punya
berjuangkan hingga berjaya

kawan jangan tunggu² lagi
jangan berangan² yang merugi
dunia menipu kita hindarkan
cita² islam kita tunaikan

ayuh mari mara kehadapan
jangan buang masa lagi
inilah masanya tunjukkan bukti

ayuh mari mara kehadapan
jangan buang masa lagi
Bisikan Hati Tanpa Suara

apakah masih ada lagi yg suka
apakah masih ada lagi yg sudi
apakah masih ada lagi yg ingin berbicara
pada sekeping hati yg luluh ini
wahai kawan...
wahai teman....
wahai insan.....
wahai taulan seperjuangan......
di manakah gerangan tawamu
di manakah gerangan tangismu
di manakah janji mulusmu
yg pernah kalian ucapkan padaku
marilah..
kembalilah...
bersatulah....
agar lukaku kembali sembuh
agar semangatku kembali teguh
agar diriku berjasad berserta roh


Thursday, March 12, 2009

aDuh keGAgalan

” Saya sudah berjumpa ramai orang berjaya yang pernah gagal. Tetapi saya tidak pernah berjumpa dengan orang yang tidak pernah gagal berjaya. “

Kegagalan tidak membawa apa-apa makna. Ianya merupakan perkara normal dalam kehidupan. Semua orang berjaya dalam hidup ini pasti pernah menghadapi kegagalan.

Orang yang tidak pernah menghadapi kegagalan merupakan orang yang tidak akan berjaya. Kegagalan adalah rakan karib kepada kejayaan. Jika anda takut untuk menghadapi kegagalan, maka lakukan sahaja.

Semakin banyak anda menghadapinya semakin kuat anda membina kekuatan anda. Ia umpama senaman. Dimana kekerapan senaman tersebut membina otot-otot ‘kejayaan’. Pengalaman anda bertambah. Anda menjadi matang dari segi pengalaman untuk mencapai kejayaan. Lama-kelamaan anda akan menjadi biasa kepada kegagalan. Keluarlah untuk melakukan kegagalan untuk anda lebih cepat untuk menjadi orang yang berjaya.

mutiara kata

“Jika saya diberi masa sebanyak 9 jam untuk memotong pokok, saya akan menggunakan 6 jam daripadanya untuk menajamkan gergaji saya.”

Abraham Lincoln

Begitu juga dengan kehidupan. Sebelum melakukan apa-apa tindakan terhadap impian anda, apa yang perkara paling penting adalah melakukan perancangan atau persediaan. Persediaan tersebut bolehlah dalam pelbagai bentuk plan.

Dengan melakukan persediaan atau perancangan, anda sememangnya dapat menjimatkan masa untuk aktiviti yang bakal diadakan. Anda tahu hala tuju matlamat anda. Berbanding orang lain yang tidak merancang, masa yang yang diambil oleh anda untuk menyelesaikannya adalah lebih cepat lagi.

Tuesday, March 10, 2009

sanTapan Minda

Dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Luqman Hakim menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dgn Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat lelaki itu lalu berkata :

“Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya.” Maka Rasulullah menjawab : “Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?”

“Ya saya berjanji” jawab lelaki itu singkat. Selepas itu dia pun pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat sebelum lelaki itu memeluk agama Islam dia sangat terkenal sebagai seorang yg jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam dia sedaya upaya utk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :

“Berat juga aku hendak meninggalkan apa yg dikehendaki oleh Rasulullah itu.”

Maka tiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat hati kecilnya terus mengejek.

“Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya” bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan tiap kali pulalah hatinya berkata :

“Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan..sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yg sangat berharga.”

Setelah dia berjuang dgn hawa nafsunya itu akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yg digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yg soleh dan mulia.