Saturday, April 25, 2009

10 Latihan Tajam Minda



1. tarik nafas dalam dalam dan tahan selama 10 saat. Ia dapat membantu menyalurkan oksigen dengan banyaknya dan menjadikan otak kamu berfikir dengan cepat

2. Biasakan diri bermain permainan yang mencabar minda seperti teka silang kata, puzzle dan sebagainya

3. Bersenam kerana ia dapat merangsang pengeluaran bahan kimia ‘endorphin’ yang membuatkan otak lebih tenang

4. Menonton TV dengan mematikan suaranya. Setelah itu cuba meneka apakah yang diperkatakan oleh watak itu

5. Cuba bertanding dengan teman permainan yang mudah. Contohnya mengingati lebih ramai nama rakan2 dalam 60 saat

6. Biarkan otak kamu berehat atau berlegar legar sewaktu menunggu tertidur. Pilih satu tahun atau bulan untuk mengingati peristiwa tertentu. Ia dapat mengasah otak untuk lebih mengingati sesuatu

7. Belajar untuk membaca secara terbalik. Para pengkaji mendapati bila kita melakukan tugas normal dengan cara yang pelik ia dapat menajamkan minda seseorang

8. Sentiasa memastikan otak kamu berfikir secara kreatif. Misalnya mengebut nama dua benda ynag tiada kaitan langsung. Setelah itu cuba meluahkan idea untuk menggabungkan kedua duanya

9. Berfikir menerusi gambar. Contohnya perhatikan sebuah meja dan bayangkannya pada kedudukan yang berbeza

10. Pejamkan mata dan tumpukan sepenuh perhatian kamu kepada satu bunyi antara bunyi yang lain.



TAQARRUB KEPADA ALLAH FAKTOR UTAMA KEJAYAAN


DAN tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang) selain daripada berdoa dengan berkata:

“Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau-lampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir. (Ali Imran: 147)

Faktor utama kejayaan dalam sesuatu pekerjaan khususnya perjuangan pada jalan Allah s.w.t. ialah hubungan yang kuat lagi erat dengan Allah s.w.t. (taqarrub). Sikap terlalu bergantung kepada persediaan fizikal dan mental dengan mengabaikan hubungan rohani dan ketergantungan kepada Allah s.w.t. akan hanya membawa kepada kegagalan, kekalahan dan kekecewaan. Justeru aspek doa dan tawakal perlu dimasukkan dan dirangkumkan dalam erti kata persediaan dan usaha yang sebenar.

Selain berdoa kepada Allah agar membantu bagi menjayakan sesuatu perancangan atau pekerjaan, kita juga diingatkan supaya bertaubat dan memohon ampun daripada Allah atas segala dosa dan kesalahan yang pernah kita lakukan. Ini penting agar dosa atau maksiat kita yang lalu tidak menjadi hijab untuk diperkenankan doa kita, juga disarankan oleh Islam untuk berdoa agar ditetapkan pendirian dan keimanan di sepanjang tempoh pekerjaan atau perjuangan.

Ini memandangkan pelbagai halangan, cabaran dan ujian yang bakal diterima boleh menggugat dan menjejaskan tahap kesabaran dan pendirian. Oleh itu kebergantungan manusia kepada Allah s.w.t. tidak boleh putus atau berbentuk separuh jalan. Yang penting manusia perlu sedar bahawa mereka mesti bergantung hanya kepada Allah s.w.t. pada setiap masa dan keadaan.

Taqarrub kepada Allah adalah faktor utama kejayaan sesuatu pekerjaan atau perjuangan. Dosa boleh menjadi hijab kepada mencapai kejayaan. Kita tidak boleh mengabaikan aspek doa dan tawakal dalam setiap pekerjaan, perancangan dan perjuangan.

Monday, April 20, 2009

Dinner Fpi

bersama ngn fadhil(tengah) mantan timbalan Presiden Perdana



senyum.....senyum....hehe3





gaya2 bkl Graduate FPI ukm













b'sma sahabat2 Jabatan Pengajian Arab &

Tamadun Islam Ukm....

Ukhwah selamEnyER........






Kejohanan Bowling Perdana

team yg plng manTOP!!!
jgn tnya psl ranking...hehe3

wajah2 ceria slps p'lwnn
wlupn aku antra pmain yg t'crot, hidup mst happy..
lgpn mnng & klh kn adt p'mainan..
huhuuu


g mano2 pn kta smua ttp ank beghanok,
sapo kta anak klate xpanda men bowling...xcayo, jom lwn..



wajah2 poyo(koya) mantan2 exco Perdana...hehee3


time b'gmbr bkn main,
tp time main bowling msk dlm longkang skmo....he3


team yg plng glamour & mnjd p'htian...he3

Saturday, April 11, 2009

Salam Mujahadah....



salam Imtihan kepada sahabat2...

Biltaufiq Wan-Najah!!!!

All The Best!!!

SEMOGA SEGALA USAHA & URUSAN DIPERMUDAHKAN

InsyaAllah.....


fahami & cuba hayati


Ada 4 lilin yang menyala,

Sedikit demi sedikit habis meleleh.
Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka

Yang pertama berkata: "Aku adalah keindahan." "Namun manusia tak mampu menjagaku: maka lebih baik aku mematikan diriku saja!"
Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Yang kedua berkata: "Aku adalah Kasih Sayang." "Sayang aku tak berguna lagi." "Manusia tak mau mengenalku,untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala."
Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara:"Aku adalah Cinta" "Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala." "Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna."
"Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya. "
Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.

Tanpa terduga
Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga Lilin telah padam.
Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata: "Ekh apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala, Aku takut akan kegelapan!"
Lalu ia mengangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:
Jangan takut,
Janganlah menangis,
selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:

Akulah H A R A P A N "
Dengan mata bersinar, sang anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya.

Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N.
yang ada dalam hati kita.dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Keindahan, Kasih Sayang dan Cinta dengan HARAPAN-Nya

p/s :

Harapanlah yang membuat orang untuk lebih baik lagi, dimasa sekarang dan masa yang akan datang. Jadi jangan padamkan semangat dan harapanmu untuk hidup yang lebih baik

Friday, April 10, 2009

motivasi Diri


Your task is not to seek for love,
but merely to seek and find
all the barriers within yourself
that you have built against it.

-Jalaluddin al-Rumi-


Wednesday, April 8, 2009

Hari ini!!!!!!


"KESELAMATAN MAHASISWA TANGGUNGJAWAB SIAPA????"


**Sahabat2 semua dijemput untuk sama2 hadir dan sama2 memeriahkan Forum Isu Mahasiswa pada hari ini (Rabu 08 April 2009) tepat jam 8.00 mlm di Dewan Anuwar Mahmud,FST,UKM**

.....sama2 kita mmriahknnya demi kpntgn b'sma.....


Tuesday, April 7, 2009

bowling @ warta

b'gmbr slps p'lwnn..


tgk!!! sape plg byk jthn pin... dlm p'lwnn ni aku gna nma smrn Y..nk tau knape, biarlh ianya mjd rhsia bg aku..he3 wlupn bkn johan,naib johan pn dh ckp bg pmain yg 1st tme men mcm aku ni... klu brani, jomla lwn..


sape brani, jom lwn team kami.. cmfrm mnysl..he3

ceh... ada gaya seorang pemain profesional..


pengalaman b'gmbr ngn POCONG..He3



Saturday, April 4, 2009

.....suka duka diharungi b'sama...
...smga sinar kjyaan akn mnnti...






knngn b'sma akn ttp diabadikan & ttp m'jd kngn yg t'indh......
smga smuanya b'jya di dunia & di akhirat...
.....ukhwah selamanya...
insyaAllah..

isu DLM negara


Semalam, satu lagi sejarah telah tercipta dengan berlangsungnya upacara angkat sumpah yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. upacara ini telah dilakukan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.


Hal ini berikutan Perdana Menteri yang sebelumnya iaitu Perdana Menteri yang ke-5, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad badawi yang telah melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan menyerahkannya kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang kini bergelar Tun telah mengepalai tampuk pemerintahan negara selama 5 tahun dan banyak jasa2 yang telah ditingalkan oleh beliau..


*** diharapkan dengan perlantikan Perdana Menteri yang baru ini akan membawa negara kita Malaysia kearah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang….InsyaAllah…..***

Friday, April 3, 2009

RAHSIA JUMAAT



Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat


Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.


Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.