Tuesday, May 19, 2009

Tesis oh tesis……


Ermmmmmmmmm……..

Tension, serabut, xda mood, stress…..

Perasaan ni smua ada……..

MUSLIM DI KOREA?????

Bila nk setle tesis aku ni…….

Asyik kena edit, edit & edit…..


Tesis selalu menyerabutkan kepala ni....
kadang-kadang tension dibuatnya..
Pada ( Izah, Yana, Farhah, n Akmar)..yg sama ayahanda ngan aku..
moga kte dpt setlekan tesis dgn smpurna n scpt yg mgkn..
InsyaAllah....

Ya Allah tabahkan hati ini……

Permudahkanlah segala urusanku….


Thursday, May 14, 2009

KATa2 PUJANGgA

salam...

k, jom kita saMa2 hayati dan cuba kita fahami maksud disebalik kata2 pujangGa ini.. wlaupun nampak ringkas, namun ttp mempunyai makna yang cukup besar dan blh dijadikan panduan serta iktibar kepada kita semua....

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar
di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu
telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan
harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada
kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup
penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! Dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan
tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa
depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras
dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang
lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia.Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

Saturday, May 9, 2009

Syair untuk Ibu



anakmu sekarang tak lagi menangis
anakmu sudah bisa merasakan gerimis
kamarau panjang telah membuat anganku terkikis

ibu, doamu membumbung tinggi
kau sebut nama ini dalam doa
sungguh aku telah luluh
oleh kasih sanyangmu yang tulus

usapan dikeningku masih tersimpan
terimpan rapi dalam ingatan
memori - memori tentang nasihatmu masih kujaga
dan sering ku dengar saat lelap menyapa

ibu, ingin kembali kurasakan kasih dan sayangmu dulu
merayu malam tenang dipangkuan
membicarakan masa depan yang indah
mengajarkan kebaikan untuk sesama

aku rindu akan senyumu, ibu
aku benar - benar rindu

Thursday, May 7, 2009

Pantun - Mari Menutupi Aurat



Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk serkap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.
Syaitan sangat suka lah hati ,

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
C u m a saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

Wednesday, May 6, 2009

ukhwah selamanya


Salam Ukhwah…

Antara kenangan yang paling manis dalam hidup adalah ketika menuntut ilmu.. Walaupun pelbagai ujian @ mehnah tlh aku tmpuhi, menuntut ilmu adalah 1 fasa yang paling manis utk dknng dan ‘x’ terbayar dengan wang ringgit….Terima ksh aku ucapkan kepada Sahabat2 yang senantiasa menyokong dan membantu terutama sahabat2 di bumi UKM…. Pahit manis sepanjang bersama kalian akan tetap dikenang dan merupakan kenangan terindah dan insyaAllah akan terus terpahat dan akan terus dikenang …. Kini aku makin mengerti apa erti sebuah persahabatan dan aku pohon jutaan kemaafan sekiranya ada hati yang terluka sepanjang bersahabat… Sesungguhnya aku hanya insan yang kerdil, tdk lari dari melakukan kesilapan… Aku doakan kita semua berjaya di dunia dan juga di akhirat.. Sesungguhnya jalinan ukhwah yang dibina kerana Allah… Trskn perjuangan kalian sesungguhnya perjalanan kita masih panjang, perjalanan mencari hakikat sebenar erti 'PERJUANGAN'.... Sesungguhnya perjuangan kita semua xkan terhenti sehingga kalam terakhir... Kerana ilmu kita bertemu, sesungguhnya bumi UKM menjadi saksi segalanya....

Tuesday, May 5, 2009

TAUBAT


Memang manusia sentiasa melakukan kesalahan dan sentiasa lupa. Namun manusia yang terbaik bukanlah manusia yang tidak pernah melakukan dosa sama sekali, akan tetapi manusia yang terbaik adalah manusia yang ketika dia berbuat kesalahan dia terus bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Bukan sekadar taubat sesaat yang diiringi niat dihati untuk x mengulangi dosa tersebut kembali. Namun terdapat syarat agar taubat itu diterima..

Syarat Taubat Diterima

bagi memastikan taubat seseorang itu diterima, maka dia harus memenuhi tiga hal yaitu:

(1) Menyesal

(2) Berhenti dari dosa

(3) Bertekad untuk tidak mengulanginya.

Monday, May 4, 2009

Nasihat Luqman Hakim kepada anaknya

Nasihat Luqman kepada anaknya, tersebut didalam Al-Quran, surah Luqman ayat 13-19 yang ertinya seperti berikut :

  1. Hai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, kerana sesungguhnya syirik itu adalah suatu penganiayaan yang besar.
  2. Dan kami wajibkan manusia (taat) kepada ibubapa, ibunya yang telah mengandUngkannya (dengan menderita) lemah bertambah lemah dan berhenti menyusukannya dalam masa dua tahun (kami perintahkan): "Hendaklah engkau bersyukur kepada ku dan kepada ibubapa mu, kepada kulah tempat kembali.
  3. Dan jika keduanya memaksamu supaya engkau mempersekutukan aku (dengan sesuatu) tanpa ada pengetahuanmu padanya, tapi gantilah keduanya dengan baik dalam (urusan) dunia, turutlah jalan orang yang kembalimu, maka aku akan mengabarkan kepadamu segala apa yang telah kamu kerjakan.
  4. Hai anakku! "Sesungguhnya jika ada (amal-amal) itu sebesar biji sawi (sekalipun), biar adanya didalam batu, atau dilangit, ataupun dimubi, nescaya allah akan tunjukkan (memperlihatkannya).Sesungguhnya Allah maha halus lagi maha mengetahui".
  5. Hai anakku! "Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan dan laranglah dari perbuatan yang mungkar dan sabarlah atas sesuatu (musibah) yang menimpamu.Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari urusan-urusan yang dipastikan (Allah).
  6. Dan janganlah engkau memalingkan pipimu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan dimuka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.
  7. Dan berlakulah sederhana dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu (dalam berbicara) sesungguhnya seburuk-buruknya suara ialah suara keldai.

Sunday, May 3, 2009

JOM BLAJA KECEK KLATE...



Salam...

k, hri ni aku kmkakan bbrpa cnth p'kataan bg loghat klate bsrta dgn cnth ayt skali...p'ktaan2 ni pn ak copy mllui intrnt, dh byk laman yg b'kaitan loghat klate...ni mnnjkkn loghat klate mmg ada ptnsi n jka dp'htkn, dh rmai ank2 ngri len dh blh kuasai loghat klate... mgkn bg mrk yg luar dr ngri kelantan akn rsa lcu @ plk dgn p'ktaan2 ni, nmn bg oghe klate spt aku p'ktaan ni mmg unik... maghi kito pakat blaja loghat klate deh...

1. SPRONG n.
- means teropong. Or binocular, telescope.

"Nok wak gapo sprong tu,Dolloh? Mung nok 'ngita oghe ko?"
(Nak buat apa teropong tu, Dollah? Kau nak mengintai orang ke?)

2. PELETING n. - ('pe' as in ape??, 'le' as in lelaki, 'ting' as in tingkap)
- can you guess?? hahahahha.. it's straw. Penyedut minuman lah in Bahasa.

"Main teguk gitu jah air nyo tu? Tokse paka peleting ko?"
(Main teguk macam tu je air kelapa tu? Tak nak pakai penyedut minuman ke?)


3. PEKONG v. -(pear, 'kung' as in kangkung)
- baling, lontar.
In English, throw lah.

"Wei, bakpo mung main pekong² batu ni? Keno 'palo aku siak laa mung!"
(Wei, kenapa kau main baling² batu ni? Kena kepala aku siap laa kau!)


4. GONYOH v.
- means scrub. In Bahasa, sental.

"Gayoh, acu mung gonyoh kuak gak sikik. Supo tok make setahung jah.."
(Gayah, cuba kau sental kuat sikit. Macam tak makan setahun je..)


5. SENGELENG adv. ('se' as in senyap, 'nge' as in ngetop di ERA, 'leng' as in geleng)
-
doing something on purspose. Sengaja.

"Mung meme sengeleng deh wak gitu, deki kak ku."
(Kau memang sengaja kan buat gitu, dengki kat aku.)

Saturday, May 2, 2009

Kelebihan zikir ‘Laailaha illallah’.


Kelebihan zikir ‘Laailaha illallah’


Di mana sahaja dan pada apa sahaja masa hendaklah baca zikir ‘Laailaha illallah’ dengan banyaknya kerana kelebihanya :



Kelebihan:

1. Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.



2. Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas”.



3. Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dri api Neraka Jahanam”.



4. Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)



5. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.



6. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ‘Laailaha illallah’ sampai kepada Allah



7. Hadis lain: Zikir ‘Laailaha illallah’ tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.



8. Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah ‘Laailaha illallah’ diletakkan di atas dacing yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.



9. Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.



P/S : diharap, kite semua dapat menjadikan kalimah suci Allah ini sebagai amalan harian.