Tuesday, March 31, 2009

Jiwa @ Harta


JIWA dan harta adalah dua perkara berbeza, tetapi punyai persamaan yang cukup ketara apabila kita tidak mempunyainya.

Kedua-duanya memainkan peranan dan memberikan impak yang cukup besar kepada kita dalam meniti perjalanan hidup yang penuh dengan onak dan duri ini.

Tetapi, mana satukah antara keduanya ini yang lebih penting?

Sudah pasti kekayaan jiwa harus kita utamakan.

Tidak kira siapa kita dan bagaimana ekonomi kita, kekayaan jiwa harus kita titik beratkan. Dengan kekayaan jiwa kita mampu mencapai kejayaan, dan seterusnya menjadi orang yang berharta.

Tapi jika sebaliknya, andai harta yang kita dahulukan, pasti kita akan sesat dalam timbunan kekayaan dan kemewahan dunia yang bisa saja hilang dari kita dalam sekelip mata.

Jadi, untuk apa kita tertipu dengan sesuatu yang sifatnya sementara.

Peringatan Rasulullah (SAW) berkenaan dengan perkara ini amat jelas di mana baginda telah bersabda yang bermaksud, "Gila harta dan kedudukan, kedua-duanya menumbuhkan kemunafikan dalam hati bagaikan air menumbuhkan sayuran".

Inilah yang patut kita renung dan fikirkan. Adakah ini yang kita mahukan atau sebaliknya.

Kemiskinan jiwa patut kita elakkan sama sekali. Jiwa yang miskin sudah pasti mengundang pelbagai bencana yang tidak baik. Antaranya adalah usaha untuk menjatuhkan antara satu sama lain, dek kerana jiwa yang dipenuhi sifat hasad dengki.

Adakah ini yang kita cari dalam hidup kita?

Atau adakah ini matlamat hidup kita di dunia ini?

Adakah ini yang kita mahukan berlaku pada diri kita?

p/s: mari sma2 kta renung & fikirkan b'sma kerana walaupun kedua2 perkara ini msng2 m'pnyai kepntingan, akn ttp kedua2 nya m'pnyai byk p'bezaan & m'pngaruhi khdpn kta d dunia & jga di akhirat nnt... tpuk dada, tnya selera...


No comments: