Wednesday, March 18, 2009

PERJUANGAN & PENGORBANAN



Dari dulu bila mendengar perkataan berjuang, selalu terlintas di kepala ini, berperang. Macam yang pernah aku pelajari dan di ceritakan, berkaitan kisah nabi dulu-dulu. Perang Badar, Uhud, Khandak, Hunain dan lain-lain. Bila semakin besar, semakin belajar dan semakin memahami bahawa perkataan perjuangan amat membawa erti yang amat besar dalam sebuah kehidupan.

Kita tak semestinya seorang pejuang di medan perang untuk menakluki mana-mana negara atau kita juga tak semestinya berada di dalam negara Palestine yang kini nyawa mereka hanya di muncung senapang dan bom pihak musuh. Itu adalah sebuah perjuangan yang amat jelas.

Dalam konteks kehidupan aku, sebagai seorang pelajar dan juga seorang anak, aku harus berjuang dan berkorban dalam mengejar cita-cita dan untuk melangsaikan harapan ayah dan ibu. Dan di sinilah lahirnya perkataan perngorbanan. Memang kedua perkataan ini, perjuangan dan pengorbanan tidak dapat dipisahkan. Dan di sinilah Allah menguji hambanya dengan beberapa ujian. Ujian kesabaran, ujian kasih sayang, ujian kewangan, ujian keberanian, ujian keyakinan dan juga ujian kebijaksanaan. tugas kita sebagai hamba Allah ialah hanya perlu memacu perjuangan dan pengorbanan kearah kebaikan iaitu kejalan keredhaan Allah dan berlandaskan syariat Islam...

1 comment:

Anonymous said...

as`kum...
mantap2...moga2 perjuangan yg kita tempuhi skg dlm menuntut ilmu mendapat berkat drpd-Nya...