Friday, November 21, 2008
fikir jangan x fikir
Kehidupan ini dipenuhi
dengan seribu macam kemanisan
tetapi untuk mencapainya
perlu seribu macam pengorbanan.
Kalaulah anda tidak mampu untuk
menggembirakan orang lain,
janganlah pula anda menambah dukanya.
(aku suka kata-kata ni haha!!)
Hari ini adalah realiti impian kelmarin,
impian hari ini adalah reliti besok hari..
Hanya mereka yang melepasi ujian
akan melalui kehidupan dengan sabar.
Jangan sesekali menyalahkan
kesilapan diri sendiri kepada orang lain
kerana orang yang tidak mengakui
kelemahan diri sukar untuk berjaya.
Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur.
Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?
Andai hidup punca perpisahan,
biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan,
biarlah hidup ini membawa erti yang nyata
Kawan ketawa mudah dicari,
kawan menangis keseorangan diri (betul tu)
Kadangkala menyembunyikan
sesuatu perkara dari pengetahuan
orang lain lebih baik dari
jika diberitahu pun tidak dihiraukan.
Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya,
kita masih beruntung tidak juga papa kedana.
Hmmm....
renuNG-2kan..
Untuk santapan rohani kita semua…
renungkanlah… … ..
1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar
di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu
telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan
harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada
kekuasaan ilmu.
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup
penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! Dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan
tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa
depan.
10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras
dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang
lunak seperti sutera.
11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.
12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia.Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
Thursday, November 20, 2008
selamAT berCuti
Salam.... kepada semua member2, selamat bercuti & good luck untuk kalian semua.... doakan agar kejayaan milik kita bersama... maaf semua andai ada tersalah perbuatan & tutur kata.... sesungguhnya kalian adalah yang terbaik..... take care & panjang umur, kita jumpa lg semester depan.... wassalam.................................
keCANtiKAN LElaki & perEMPuan
Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal
tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah
kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot
badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan
yang gagah, adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah
ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi
segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah
kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. Sabda
Rasulullah SAW:- "Sebarkanlah ajaranku walau
satu ayat pun" Surah Al-Ahzab: Ayat 71 "Nescaya
Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
Mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa
mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya
ia telah Mendapat kemenangan yang besar."
Wallahualam……..
Wednesday, November 19, 2008
reNUngAn..............................
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman
a.s.
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati
membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata
memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
neraka.
petua MenemPuhi imTihan
1) jangan panik
Sebaik melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia akan membuatkan kita lupa 50% apa yg sudah kita pelajari selama ini.Tanamkan keyakinan dlm diri anda blh menjawabnya.
2)kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya,separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yg belum difahami sepenuhnya, segera membuat peta minda dan mencatat isi2 penting yg berkaitan.
3)semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun,anda tetap perlu menyemaknya utk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dlm setiap peperiksaan.
4)Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di saat2 akhir,anda sepatutnya banyak mengulangkaji secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda dlm bentul lakaran ataupun menerangkan kepada rakan.Ia dpt membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu matapelajaran.
5)memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya.Ia mampu menolong anda mengatasi bhgian sbjek yg lemah.
6)Nota ringkas
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia sng dibawa ke mana saja. Anda blh membaca ctatan nota ringkas berkenaan diwaktu terluang.
7)pastikan mendapat rehat dan tidur secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun,anda perlu mendapat rehat dan tidur secukupnya.Jangan lupa bersenam sekurang2nya 10 minit bg memastikan bdn kekal cergas.Pengaliran oksigen yg baik blh menghasilkan otak yg cerdas.
8)pemakanan berkhasiat dan seimbang
Elak mengambil terlalu banyak makanan yg mengandungi kafein krn anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.
9)kawal emosi
Elak terbabit dlm sebarang konflik yg blh menggugat ketenangan emosi disaat anda akan menduduki peperiksaan.Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa ht dgn rakan2 atau keluarga krn ia akan menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.
10)Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai makhluk yg lemah, kita tdk dpt lari drpd berdoa kpd Allah S.W.T..Bagi yg beragama islam,anda perlu memperbanyakkan solat hajat,tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan,pohon keampunan dan keredaan drpd ibubapa dan guru.
Tuesday, November 18, 2008
STANDING IN THE EYES OF THE WORLD
If you want to be the best you've got to pay the price
You learn it from the very start just how hard you must try'Coz if you don't spread your wings then you can't flyLook at where you are today
Did you ever think that you would come all this way ?"Standing In The Eyes Of The World"
### kaTa2 PUjangGa ###
Kata-kata Pujangga: "Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan kita, dan kala itu kita hanya pasrah."
Kata-kata Pujangga: "Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa."
Kata-kata Pujangga: "Untuk mendapat sesuatu yang besar, kita patut banyak berkorban perkara-perkara yang kecil."
Kata-kata Pujangga: "Barangsiapa yang sengaja meletakkan dirinya di tempat-tempat tohmahan, maka janganlah dia mencela orang yang buruk sangka terhadapnya."
Kata-kata Pujangga: "Manusia gagal bukan kerana kebodohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan perkara yang bodoh."
Kata-kata Pujangga: "Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya."
**** pahlaWan2 IslAm ****
Umat Islam amat beruntung kerana dikurniakan begitu ramai tokoh-tokoh yang isti mewa dan terkenal di seluruh dunia... mereka mengambil giliran masa untuk timbul dan tenggelam dalam gelombang peristiwa kehidupan yang tidak mengerti akan erti belas kasihan, mengabdikan diri demi memperjuangkan kebenaran dan terus menjunjung keagungan Islam.
Ibn Sina, Ibn Khaldun, Imam Bukhari & Muslim, Khalid bin al-Walid, al-Tabari, Imam Abu Hanifa serta ramai lagi nama besar yang lain dalam menapakkan diri tokoh yang tidak mungkin dilupakan. Jasa mereka tidak dapat dihitung dalam memperkaya warisan serta sejarah Islam. Mereka telah merubah senario dunia dengan kuasa pemikiran mereka. dapat di lihat pelbagai kisah menarik dari segi pengorbanan diri mereka menjadikan mereka insan yang berjasa dan jasa mereka semua sukar dilupakan oleh peredaran masa.....
Monday, November 17, 2008
............. beZa antaRa kawAn & sahaBat............
Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja. Sahabat lebih akrab hubungannya. Susah senang segalanya boleh dikongsi bersama. Dan kerana itulah kita sering mendengar kata-kata seperti ini; “waktu kita senang, ramai kawan yang menghampiri, tetapi waktu kita susah ramai kawan yang lari’. dan “kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah dicari”.
Persahabatan tidak terjalin secara tiba-tiba tetapi memerlukan proses yang panjang seperti menajamkan besi. Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur, disakiti, diperhatikan, dikecewakan, didengar, diabaikan, dibantu, ditolak, namun semua ini bukanlah disengajakan apa lagi untuk menimbulkan kebencian.
Kerinduan menjadi sebahagian daripada proses menjalin persahabatan. Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Ramai juga yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang kecewa kerana dikhianati sahabatnya.
Antara perkara yang sering menyebabkan runtuhnya sebuah persahabatan ialah masalah perniagaan (wang), ketidakbukaan, ketidaksetiaan, perubahan perasaan, dan kehilangan kepercayaan. Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga daripada seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
Memang tidak ramai antara kita yang mempunyai sahabat. Yang ramai ialah kawan. Mungkin ada orang menganggap pasangannya adalah juga sahabatnya. Dan tidak kurang juga yang menjadikan kawan sebagai sahabatnya. Yang pasti setiap daripada kita sekurang-kurangnya mempunyai seorang sahabat yang boleh kita berkongsi segala cerita. Dan juga sahabat itu sudah tentu kita percayakannya sepenuh hati. Sebagai seorang sahabat pula selayaknya dia memegang segala amanah, menyimpan segala rahsia sahabat itu tadi.
Kepercayaan antara salah satu perkara penting dalam bersahabat. Hilangnya kepercayaan sahabat kepada kita pasti meruntuhkan tali persahabatan. Sekali kita merosakkan kepercayaan seorang sahabat kepada diri kita sampai bila-bila dia tidak akan mempercayai kita. Lalu seumur hidup kita terpaksa menanggung sakitnya apabila tiada siapa mahu mempercayai kita lagi. Dilabel sebagai ‘tidak amanah’, tidak boleh dipercayai’ amat menyakitkan. Lalu bagaimana selayaknya kita sentiasa dapat menjadi seorang sahabat malah orang yang boleh dipercayai?
- Peganglah rahsia sahabat anda dengan baik kerana ia melambangkan nilai diri anda sebenarnya.
- Jangan sekali-kali bercerita hal keburukan orang. Bercerita perihal keburukan orang sebenarnya akan memberi kesan negatif pada diri anda. Orang akan menilai anda daripada sikap anda itu.
- Peliharalah rahsia orang terutama sekali hal-hal yang melibatkan maruah seseorang. Walau seberat manapun rahsia tersebut simpanlah ia dengan rapi.
- Bercakaplah yang benar, tidak perlu mereka-reka cerita semata-mata untuk meraih simpati orang. Apabila kebenaran terserlah tentu sekali anda akan dibenci dan tidak dipercayai.
- Jangan mengumpat di belakang, lebih baik mengata di depan walaupun ia akan menimbulkan pergaduhan. Ini adalah lebih baik daripada bermanis-manis muka di depan tetapi menikam kawan dari belakang.
- Berlaku baik dengan ikhlas bukannya disebabkan ada ‘agenda’ disebalik kebaikan itu.
Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu.
Sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R. Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya ; “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
- Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
- Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
4 KATEGORI SAHABAT
SAHABAT YANG TAMAK: Ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
SAHABAT HIPOKRIT: Ia berkenaan menyatakan bersahabat dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang, ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong, dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
SAHABAT PENGAMPU : Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan dibelakangmu dia merendahkan dirimu.
SAHABAT PEMBOROS DAN SUKA HIBURAN : Ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ketempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apapun berkawanlah....
~LAyaR KEinsaFan~
Aku hidup dengan seribu alasan... Pejam celikku dihabiskan begitu sahaja. jika tidak bersama kawan, pasti ada sahaja hal keduniaan aku lakukan. Jarang sekali aku habiskan secebis dari masaku untuk pelajaran melainkan tibanya waktu exam.... jika exam penyebab aku belajar.... bagaimana pula sesudah aku belajar? jahilnya aku dalam menuntut ilmu... Adakah aku sudah lupa akan tanggungjawabku kepada keluarga? terbayang linangan air mata mereka tatkala aku meninggalkan mereka. Aku tidak sedar, air suci yang mengalir dari mata mereka membawa seribu pengharapan.......
Kadang-kadang aku terfikir, pernahkah aku bersujud dan bersyukur pada Sang Pencipta? telah banyak pertolongan dariNya..... seawal tidak mengerti abjad dan erti ilmu, sehinggalah sekarang.... Berbaloikah aku sampai ketahap ini dengan usaha yang aku telah lakukan? sudah tentu tidak jawapannya, tanpa pertolongan dariNya..... Namun,apakah balasanku kepadaNya? setelah 1 , 1 suruhanNya aku tinggalkan. Jahilnya aku sebagai seorang hamba yang terus EGO dengan kenikmatan dunia.
Ya Allah!! berikanlah aku kesempatan untuk memperbetulkan ini semua.... Jadikanlah aku insan yang bersyukur dan mengerti akan tanggungjawab sebagai seorang hamba.. semoga sinar hari esok akan menjadikan aku lebih baik adari semalam dan seorang yang mengerti akan erti sebuah kehidupan...................
Sunday, November 16, 2008
BiLa TUhan kITa kENAli
Kalau Tuhan kita kenali kasih sayang dan perananNya
Kalau Tuhan kita fahami keagungan dan kekuasaan Nya
Kalau Tuhan kita rasakan betapa Dia sangat cintakan hambaNya
Kita akan sanggup berjuang sanggup mati kerana Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana Nya
Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan Dia adalah segalanya
Korban kanlah apa sahaja kerana Nya
Cintakan Tuhan cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami Dialah pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana Nya
Kita sanggup buat apa saja demi cinta pada Nya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya
Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan dialah adalah segalanya korbankanlah apa sahaja kerana Nya
Cintakan Tuhan cinta yg abadi cintakan selain Tuhan cinta murahan........
perINgatAN bagI yaNG LUpa
Firman Allah s.w.t. bermaksud, “Tetaplah memberi peringatan/nasihat, sesungguhnya peringatan/nasihat itu akan memberi manfaat bagi
Firman Allah s.w.t. bermaksud, “Demi masa, sesungguhnya semua manusia di dalam kerugian melainkan manusia yang beriman, beramal soleh, nasihat-menasihati dengan perkara yang hak (benar) dan bersabar.”
(Surah Al-Asr: Ayat 1-3)
AMARAN BAGI ORANG YANG BERDUA-DUAAN DAN BERSENTUHAN DENGAN ORANG YANG BUKAN MAHRAM (HALAL BAGINYA NIKAH)
- Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah ia bertemu muka sendirian di suatu tempat dengan wanita/ lelaki yang tidak beserta mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiganya adalah syaitan/iblis.”
- Nabi bersabda bermaksud, “Barangsiapa yang berjabat tangan/salam dengan seorang wanita/lelaki yang bukan mahramnya, maka di akhirat kelak ia akan dirantai dengan rantai api neraka.”
- Seterusnya Nabi bersabda bermaksud, ”Jikalau ia menciumnya maka di akhirat kelak kedua bibirnya akan digunting dengan gunting api neraka.”
- Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud, “Sesungguhnya jika kepala seseorang kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.”(H/R Baihaqi, Tabrani)
Saturday, November 15, 2008
11 LESSONS IN LIFE!!
1. It hurts to love someone and not be loved in return. But what is more painful is to love someone and never find the courage to let that person know how you feel.
2. A sad thing in life is when you meet someone who means a lot to you, only to find out in the end what it was never meant to be and you just have to let go.
3. The best kind of friend is the kind you can sit on a porch swing with, never say a word, and then walk away feeling like it was the best conversation you've ever had.
4. It's true that we don't know what we've got until we lose it, but it's also true that we don't know what we've been missing until it arrives.
5. It takes only a minute to get a crush on someone, an hour to like someone, and a day to love someone-but it takes a lifetime to forget someone.
6. Don't go for looks; they can deceive. Don't go for wealth; even that fades away. Go for someone who makes you smile because it takes only a smile to make a dark day seem bright.
7. Dream what you want to dream; go where you want to go; be what you want to be, because you have only one life and one chance to do all the things you want to do.
8. Always put yourself in the other's shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurts the person too.
9. A careless word may kindle strife; a cruel word may wreck a life; a timely word may level stress; a loving word may heal and bless.
10.The happiest of people don't necessarily have the best of everything they just make the most of everything that comes along their way.
11.Love begins with a smile, grows with a kiss, end with a tear. When you were born, you were crying and everyone around you was smiling. Live your life so that when you die, you're the one smiling and everyone around you is crying.
"ALLAH GAVE YOU TWO LEGS TO WALK, TWO HANDS TO HOLD, TWO EARS TO HEAR, TWO EYES TO SEE, BUT WHY ALLAH GIVES YOU ONLY ONE HEART?
BECAUSE ALLAH GAVE THE OTHER ONE TO SOMEONE FOR YOU TO FIND"
SEkaDAR reNUNgaN
Melalui kesabaran, ku temui kekuatan
Melalui kejujuran, ke temui kebenaran
Melalui keikhlasan, ku temui kasih sayang
Melalui kesyukuran, ku temui rahmat
Melalui ketabahan, ku temui kejayaan
Melalui kesediaan, ku temui hasrat
Melalui kemaafan, ku temui keamanan
Melalui kegelapan, ku temui cahaya
Melalui tanggungjawab, ku temui kebebasan
Melalui keazaman, ku temui penghormatan diri
Melalui kesunyian, ku temui diri sendiri
Melalui kepercayaan, ku temui Tuhan
Dalam Pahit Itu Ada Manisnya...
Saban hari berbagai kisah yg kita lalui, samada kita lalui sendiri atau dari kisah insan2 yg lain.
Ekoran daripada itu kitalah yg harus pandai menyesuaikan diri dan memilih jalan kehidupan, sebagaimana yg kita inginkan. Jika kita tahu ada ranjau dan duri di tengah jalan, kita boleh meilih jalan lain. Tapi kalau jalan itu juga menjadi pilihan kita, maka bersedialah utk menempuh semua ranjau-ranjau ini
Kadangkala peristiwa atau permasalahan yg berlaku itu ada baiknya kita menerimanya sebagai satu dugaan, namun sekiranya kita sengaja menempah kedukaan, jangan salahkan takdir sebaliknya salahkan diri sendiri yg tidak tahu menilai antara yg buruk dgn yg baik.
Dunia ini dipenuhi dgn berbagai ragam dan kehidupan. kita sendirilah yg memilih kesepian atau kesedihan. Manusia adalah makhluk yg mudah untuk berasa sepi walaupun mereka sebenarnya hidup di tengah keriuhan alam.
Kita sering menangisi sebuah kematian tapi sukar utk menghargai kehidupan. Kita sering menangis pilu mengenangkan perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yg kita sia-siakan. Kita juga kerap ketawa tetapi tak faham apa yg sedang kita ketawakan itu.
Jgnlah mudah berputus asa dan suka memandang sesuatu perkara itu dari sudut keburukan semata-mata, sering mengatakan kehidupan ini adalah satu kepahitan. Sekiranya kita ingin memandang dari sudut lain, byklagi kegembiraan yg boleh kita perolehi dan boleh membuat kita tersenyum, samada ketika kita mengalaminya atau ketika mengenangkannya semula.
Pahit dalam kehidupan itu bukan satu kesalahan, kerana dgn adanya rasa pahitlah kita peka terhadap sebuah kemanisan. Semoga kita lebih memahami diri sendiri dan mengerti hakikat sebuah kehidupan…
BIARKU DAKI GUNUNG YANG TINGGI
biarku daki
Gunung harapan ini
Walau ku tahu
Runcing berduri
Tiada yang bakal merubah
Jika diri tidak merubah
Tiada yang sudi memberi
Jika acap kali kau minta
SIMPATI
Dipesan orang tua
diKala SUka ramai bertanya
dikala sedih Ramai MeNYisih
akan ku kota segala kata
Takkan Ku munGkiri janJi TerMetri
Harapan BONDA AYAhDA
Takkan ku biar karat di hati
Hanya PadaMU TUHAN
KuMohon keampunan dan kesempatan
TunjukanlaH Jalan
PERMUDAHKANLAH
KESEMPATAN