
1) jangan panik
Sebaik melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia akan membuatkan kita lupa 50% apa yg sudah kita pelajari selama ini.Tanamkan keyakinan dlm diri anda blh menjawabnya.
2)kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya,separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yg belum difahami sepenuhnya, segera membuat peta minda dan mencatat isi2 penting yg berkaitan.
3)semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun,anda tetap perlu menyemaknya utk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dlm setiap peperiksaan.
4)Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di saat2 akhir,anda sepatutnya banyak mengulangkaji secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda dlm bentul lakaran ataupun menerangkan kepada rakan.Ia dpt membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu matapelajaran.
5)memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya.Ia mampu menolong anda mengatasi bhgian sbjek yg lemah.
6)Nota ringkas
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia sng dibawa ke mana saja. Anda blh membaca ctatan nota ringkas berkenaan diwaktu terluang.
7)pastikan mendapat rehat dan tidur secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun,anda perlu mendapat rehat dan tidur secukupnya.Jangan lupa bersenam sekurang2nya 10 minit bg memastikan bdn kekal cergas.Pengaliran oksigen yg baik blh menghasilkan otak yg cerdas.
8)pemakanan berkhasiat dan seimbang
Elak mengambil terlalu banyak makanan yg mengandungi kafein krn anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.
9)kawal emosi
Elak terbabit dlm sebarang konflik yg blh menggugat ketenangan emosi disaat anda akan menduduki peperiksaan.Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa ht dgn rakan2 atau keluarga krn ia akan menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.
10)Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai makhluk yg lemah, kita tdk dpt lari drpd berdoa kpd Allah S.W.T..Bagi yg beragama islam,anda perlu memperbanyakkan solat hajat,tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan,pohon keampunan dan keredaan drpd ibubapa dan guru.
No comments:
Post a Comment