Monday, November 17, 2008

~LAyaR KEinsaFan~

Aduh!!! peritnya belajar!!! perkataan yang sentiasa terbit dari mulutku. Ungkapan yang keterlaluan tidak setara dengan usaha yang aku lakukan. Jika difikirkan, apa sangatlah usahaku dalam menuntut ilmu jika dibandingkan dengan tokoh-tokoh dan para ilmuan terdahulu. Hari ini semuanya telah siap terhidang, tugasku hanyalah untuk meratahnya.....

Aku hidup dengan seribu alasan... Pejam celikku dihabiskan begitu sahaja. jika tidak bersama kawan, pasti ada sahaja hal keduniaan aku lakukan. Jarang sekali aku habiskan secebis dari masaku untuk pelajaran melainkan tibanya waktu exam.... jika exam penyebab aku belajar.... bagaimana pula sesudah aku belajar? jahilnya aku dalam menuntut ilmu... Adakah aku sudah lupa akan tanggungjawabku kepada keluarga? terbayang linangan air mata mereka tatkala aku meninggalkan mereka. Aku tidak sedar, air suci yang mengalir dari mata mereka membawa seribu pengharapan.......

Kadang-kadang aku terfikir, pernahkah aku bersujud dan bersyukur pada Sang Pencipta? telah banyak pertolongan dariNya..... seawal tidak mengerti abjad dan erti ilmu, sehinggalah sekarang.... Berbaloikah aku sampai ketahap ini dengan usaha yang aku telah lakukan? sudah tentu tidak jawapannya, tanpa pertolongan dariNya..... Namun,apakah balasanku kepadaNya? setelah 1 , 1 suruhanNya aku tinggalkan. Jahilnya aku sebagai seorang hamba yang terus EGO dengan kenikmatan dunia.

Ya Allah!! berikanlah aku kesempatan untuk memperbetulkan ini semua.... Jadikanlah aku insan yang bersyukur dan mengerti akan tanggungjawab sebagai seorang hamba.. semoga sinar hari esok akan menjadikan aku lebih baik adari semalam dan seorang yang mengerti akan erti sebuah kehidupan...................

2 comments:

naji said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Insaf ku di buatnya...
aku doakan agar kita sentisa menjadi insan bersyukur..
~jika aku tergelincir di jurang kederhakaanNya pandanglah aku dengan kasih sebagai saudara seagama..Tariklah aku walaupun dengan kasih sayang..Moga kita sama2 menjadi insan bersyukur...huhu..
~layan perasaan~